Isnin, 30 Januari 2012




 JANUARI


En. Zairudin bin Jusoh           - 11 Januari


En. Harun bin Awang Him     - 10 Januari





FEBRUARI


Pn. Rahimah bt. Md. Yasin     - 17 Februari


Pn. Siti Hasrah bt. Hassan      - 11 Januari


Pn. Zahalina bt. Hamzah        - 1 Februari


En. Ahmad Rusidi b. Saudi     - 27 Februari








Ahad, 29 Januari 2012

Isu SBPA : Tangguh bayar gaji ikut SBPA


PUTRAJAYA:
Kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah Saraan Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semula terhadap skim itu
dimuktamadkan.




Kementerian
Kewangan dalam kenyataannya, berkata, ia berikutan keputusan jemaah
Menteri pada 11 Januari lalu supaya pelaksanaan SBPA disemak semula.




Menurutnya, bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki
perbezaan gaji bagi Januari di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada
31 Januari seperti yang diumumkan sebelum ini.






“Pembayaran
gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari juga tidak dapat dilaksanakan
dan ia akan dibayar mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM).




“Keputusan itu berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs),” katanya.




Menurutnya, pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat
selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh
kuat kuasa SBPA pada 1 Januari.





Sementara
itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menyambut
baik keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembayaran berkenaan kerana
ia perlu diselaraskan secara menyeluruh.




“Seperti yang dinyatakan pihak kami sebelum ini, pelaksanaan SBPA tidak
boleh dilakukan tanpa mengkaji kesamarataan dari segi bayaran gaji
pegawai pelbagai gred. Ini kelak akan menimbulkan isu dan hak yang tidak
adil,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.




Sehubungan
itu, beliau berkata, dalam usaha mencapai kata putus yang sepakat,
beliau menyarankan supaya lebih ramai pegawai kanan daripada Cuepacs
dilantik untuk menganggotai jawatankuasa semakan semula SBPA.




“Dengan adanya penambahan anggota kami, perkara ini mungkin boleh
dilihat secara lebih jelas dan pembabitan persatuan sekerja lain boleh
dibabitkan sekiranya ada isu berbangkit,” katanya.




Sumber : Harian Metro online,28 Januari 2012

Jumaat, 27 Januari 2012



MAKLUMAN : Bayaran Gaji SBPA yang dijadualkan dibayar pada 31 Januari ini sah ditangguhkan ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Penangguhan yang dibuat adalah atas arahan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Khamis, 26 Januari 2012

FASILITI BARU SKAP 2012 - menunggu masa dan saat




Blok Utama ( Pentadbiran )




Pintu Pagar Hadapan




Blok kedua




Pondok Pengawal




Pemandangan dari Pondok Pengawal










Larian 1 Murid 1 Sukan

















20 Januari 2012 - Larian 1 Murid 1 Sukan telah berlangsung pada hari khamis, 19 Jan 2012. Penyertaan semua murid SKAP melibatkan 6 katagori dipertandingkan. Tahniah kepada pemenang-pemenang.




Keputusan : JOHAN              : BERANI (329mata)

                    NAIB JOHAN    : HANDAL (315mata)

                    KE-3                   : KENTAL (286mata)

                    KE-4                   : MARA (234mata)




nak gambar lebih?? layari FB rasmi SKAP..
















Rabu, 25 Januari 2012